Monday, February 8, 2010

Kampung Data Kakus kini!

Gambar ini diambil semasa perjalanan dari Bintulu ke Kampung Data Kakus...beginilah keadaan ladang yang selalu diusahakan oleh penduduk kampung ini. Kalau tak silap, lokasi gambar ini adalah di kawasan "Weng Peng".

Manakala ini pula antara tempat di mana pada suatu ketika dahulu semasa zaman Sekolah minggu dan zaman remaja kami, sangat gemar memilih tempat ini untuk mengadakan aktiviti riadah seperti "nyenang" yang bermaksud berkelah. Nama sungai ini ialah Alor Nyabet...

Berikut ini adalah antara masakan yang kami sempat masak buat santapan tengah hari kami. Dan ada juga bekalan yang dibawa dari rumah, seperti air berbikarbonat, "kueh kabang" dan lain-lain.

Ini merupakan suasana jalan raya menuju ke Kampung Data Kakus pada tahun 2004. Dan sekarang ini jalan ini tidak digunakan lagi kerana ada jalan alternatif(short cut) yang lain. Nama tempat ini ialah "Yang Kerada" merupakan nama sempena nama seseorang.











"Bela'uh Kelebudek" nama yang diberkan bagi tempat ini, suatu ketika dahulu tempat ini berada di tengah-tengah lubuk sungai yang bernama "Alor Burok", dan tempat ini pun dipanggil Bela'uh=lubuk, Kelebudek=mendidih.

No comments: