Tuesday, April 14, 2009

Sepanjang Perjalanan Ke Kampung Data Kakus

Pemandangan "Bela Mekuyat" di mana terdapatnya sarang burung layang-layang. Kawasan ini diliputi dengan hutan Hujan tropika.
Pemandangan ini pula merupakan lumbung atau dipanggil "Lepubung" dimana ianya digunakan untuk menyimpan hasil padi yang dituai dari ladang padi bukit. Lumbung ini terletaknya tidak jauh dari "bela Mekuyat". Kawasan ini pula dipanggil Apau Saga
Posted by Picasa

KKR BERSAMA 4 GEREJA

Pada penghujung tahun 2008 iaitu bulan Nov 2008, SIB PV, SIB The Time, SIB Ebenezer begitu sibuk dalam membuat persiapan sebuah KKR muda-mudi. KKR ini dapat membuka peluang buat ketiga-tiga buah gereja ini saling bekerjasama dan mengenali satu sama lain. Selain itu KKR ini tadik sunyi kerana kelibat daripada SIB On The Rock yang diundang khas dari Miri.
Segala macam persiapan dilakukan kerana kita semua ingin memberikan yang terbaik dalam melayani Tuhan kita yg hidup. Gambar yang saya sertakan ini merupakan senario persiapan pelayanan Pujian dan Penyembahan...

Jodoh





Jodoh? Apa yang kamu tahu tentang jodoh? Apa yang kamu bayangkan apabila sebut perkataan JODOH?

Mari bersama saya dalam ulasan mengenai JODOH… kalo ada Bible, buka dalam Kej 1: 8-9 jelas sekali di sana katakan jodoh itu berkenan kerana ada 3 Prinsip Asas Jodoh:

1.Supaya kita serupa dengan gambaran Allah yang menciptakan kita.
2.Menciptakan keluarga dan keturunan Ilahi (Mal 2:15-16)
*Jika tidak seiman,maknanya keturunan tidak Ilahi.
3.Menakluk seluruh bumi
*Supaya semua manusia mengenal akan Allah.
*Keluarga adalah jalan terdekat menuju syurga dan juga jalan terdekat menuju neraka. Ia bergantung dengan atas dasar apa keluarga itu dibina…
*Semakin sikit Jodoh Ilahi di bumi ini, makin susah bagi orang percaya menakluki bumi. Jadi jangan pernah kata kalo dah kawin baru saya injili calon saya ni…saya katakan itu mustahil.
Jadi, bagaimana Gelap boleh berada di dalam Terang dan sebaliknya. Walaupun Yesus boleh melakukan apa saja, tapi ingat berapa banyak air mata yang saudara perlu bazirkan oleh kerana sikap keterlambatan kita.

Beberapa Hal Penting tentang Jodoh:
Dia harus orang Kristen
Apakah dia membawa kita mengembangkan hubungan dengan Allah?
Sediakah dia berbicara tentang Alkitab?
Harus juga dengan keizinan orang tua
Siap untuk komitmen mengasihi dia?
Jangan manipulasi dengan hal rohani…(menurut mimpi aku,kita…)